Kelab bola sepak Sabah akhirnya telah memilih logo baharu selepas proses pengundian dilaksanakan.

Dengan banyak logo dihantar untuk memenangi hadiah utama bernilai RM500, logo ciptaan Firzaruddin Zainal Abiddin akhirnya dipilih sebagai logo rasmi pasukan dari Kota Kinabalu itu.

Pengumuman logo baharu tersebut telah dibuat secara rasmi di laman rasmi Sabah FC petang tadi, dan rata – rata peminat Sabah FC menyambut baik logo yang bersifat kemas tetapi menarik itu.

Dengan Sabah FC kini di bawah pengurusan baharu, peminat Sabah kini semakin bersemangat untuk menyokong pasukan Sang Badak yang akan bersaing di Liga Super pada musim hadapan.