Limbang FA bertekad untuk menebus kekalahan menentang Serian FA di peringkat kumpulan Liga Bolasepak Rakyat Januari lalu apabila bertemu lawan yang sama petang ini di peringkat kebangsaan.
Memetik laporan Borneo Post, Timbalan Presiden Limbang FA, Alidin @Brahim Tawar apabila dihubungi mengesahkan bahawa pasukan Limbang telah berkerja keras untuk menguatkan lagi pasukan.
Beliau turut mengesahkan bahawa beberapa pemain baharu telah diserap kedalam pasukan untuk membaiki kelemahan perlawanan lalu.
Tambahnya lagi, bermain di tempat sendiri akan memberi kelebihan kepada pasukan Limbang setelah tumpas 3-0 di Serian dalam peringkat kumpulan Januari lalu.
Limbang dijadualkan akan menerima kunjungan Serian untuk Liga Bolasepak Rakyat peringkat kebangsaan di Kompleks Sukan Limbang jam 3.30 petang hari ini.