Home Malaysian football Limbang dan Serian wakil Sarawak ke LBR Kebangsaan! 

Limbang dan Serian wakil Sarawak ke LBR Kebangsaan! 

Pasukan Limbang FA dan pendatang baharu Liga Bolasepak Rakyat musim ini, Serian FA berjaya melayakkan diri untuk ke peringkat kebangsaan Liga Bolasepak Rakyat setelah memenangi pusingan play-off. 

Serian FA ternyata mencuri tumpuan setelah melayakkan diri ke peringkat kebangsaan di edisi pertama penyertaan mereka di Liga Bolasepak Rakyat. 

Sebelum ini, pusingan play-off menyaksikan pasukan Limbang FA, Serian FA dan Kapit FA berentap bagi mengisi dua slot untuk ke peringkat kebangsaan Liga Bolasepak Rakyat. Ketiga-tiga pasukan tersebut bertembung setelah menjuarai kumpulan masing-masing di peringkat zon.

Pasukan Limbang dan Serian akan menghantar wakil bagi cabutan undi untuk menentukan kedudukan dalam kumpulan Liga Bolasepak Rakyat peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur pada 24 Januari 2017. 

Liga Bolasepak Rakyat pada edisi lepas menyaksikan pasukan Kuching FA dan Miri FA mara ke peringkat kebangsaan. Kuching FA muncul juara Liga Bolasepak Rakyat edisi lepas, manakala Miri FA melayakkan diri hingga peringkat suku akhir. 

RECOMENDED LINKS:


5 COMMENTS

Comments are closed.