Lima perlawanan Sarawak United A ‘agak sukar’, venue home SUA belum sah

Pasukan Sarawak United A (SUA) akan menentang pasukan Pulau Pinang FA di dalam perlawanan pembukaan pasukan tersebut di dalam kempen Liga Premier 2020.

Mengikut jadual pertandingan yang baharu sahaja kami terima, Sarawak United A akan ke Stadium Bandaraya Pulau Pinang untuk menentang pasukan tersebut pada 1 Mac.

Pasukan itu akan kemudiannya menanti kunjungan pasukan Johor Darul Ta’zim II di Kuching pada Minggu Perlawanan Kedua Liga Premier pada 7 Mac.

Venue perlawanan tersebut di Kuching itu walaubagaimanapun belum disahkan oleh pihak Malaysia Football League (MFL) dengan nota TBC – To be confirmed diletakkan di tepi venue Stadium Negeri Sarawak.

Dalam pada itu, lawan awal Sarawak United dilihat agak mencabar ekoran pasukan tersebut bakal menentang tiga pasukan simpanan pasukan Liga Super di dalam lima aksi pembukaan Liga Premier 2020.

Kami berkata demikian kerana pasukan utama Liga Super bebas membuat perpindahan pemain di antara pasukan simpanan mereka di Liga Premier dan pasukan utama mereka jika difikirkan perlu, tanpa adanya had.

Ini sekaligus memberi kelebihan kepada pasukan simpanan di dalam Liga Premier tersebut apabila menentang Sarawak United kelak.

Lima perlawanan pertama Sarawak United A adalah

  • 1 Mac : Pulau Pinang vs Sarawak United A
  • 7 Mac : Sarawak United vs JDT II
  • 11 Mac : Selangor 2 vs Sarawak United A
  • 14 Mac : Sarawak United A vs Kuala Lumpur
  • 3 April: Perak 2 vs Sarawak United A
error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top