Pasukan Bujang Senang malam tadi berjaya mengutip satu mata berharga di Stadium Negeri apabila seri menentang pasukan Kelantan FA.
Bermain di hadapan penonton sendiri menyaksikan Sarawak FA bermula garang untuk mencari gol awal, namun penyudah yang tumpul terus membelengui pasukan tuan rumah.
Pada minit ke 20, Mateo Roskam hampir meletakkan pasukannya dihadapan, namun rembatan beliau tinggi melepasi palang.
Shreen Tambi juga gagal meletakkan pasukan Sarawak FA di hadapan apabila beliau mensiakan peluang satu-lawan-satu dengan penjaga gol Kelantan FA, Mohd. Ramdhan Abd. Hamid.
Pada babak kedua, Sarawak FA meneruskan aksi menyerang mereka tetapi rembatan Tommy Mawat sekadar menggegarkan jaring.
Kegopohan Sarawak menyerang menyaksikan Kelantan FA hampir menjaringkan gol pada minit ke 66, namun penjaga gol Sarawak, Shahril Saari mudah menyelamatkan keadaan.
Keadaan kucar-kacir di hadapan gawang Sarawak FA bertererusan selepas itu, namun Kelantan FA, dan juga pasukan tuan rumah terus gagal mencari gol sehingga tamatnya masa penuh, menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.