Pihak pengurusan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) telah mengumumkan perubahan jadual Liga Super melibatkan tiga perlawanan Sarawak.
Menurut FMLLP, perubahan jadual perlawanan tersebut adalah disebabkan oleh hal berkaitan Sukan Malaysia yang dianjurkan oleh Sarawak, serta perlawanan-perlawanan yang membabitkan penyertaan JDT di dalam pertandingan AFC 2016.
Di bawah adalah perubahan jadual Liga Super Sarawak yang telah diringkaskan:
- Sarawak vs JDT @ Stadium Negeri Kuching, Sarawak
- Tarikh Asal: 23 Julai 2016
- Tarikh Baru: 8.15mlm, Jumaat, 22 Julai 2016
- Sarawak vs Selangor @ Stadium Negeri Kuching, Sarawak
- Tarikh Asal: 23 Ogos 2016
- Tarikh Baru: 8.15mlm, Rabu, 24 Ogos 2016
- Sarawak vs Kelantan @ Stadium Negeri Kuching, Sarawak
- Tarikh Asal: 27 Ogos 2016
- Tarikh Baru: 8.15mlm, Sabtu, 10 Sept 2016