Pasukan Sarawak kini berdepan masalah kecederaan yang kian meruncing dan David Usop telah menyatakan bahawa pasukan bimbingannya akan lebih fokus kepada pertandingan Liga Super berbanding Piala Malaysia.
Komen David itu hadir selepas David menyatakan kerisauannya berkenaan kepadatan jadual Liga Malaysia pada musim ini.
Dengan jumlah kecederan yang semakin bertambah, Sarawak kini dilihat sukar untuk memperbaiki kedudukan di dalam Liga Super dan hanya satu mata di atas pasukan-pasukan yang terletak di dalam zon penyingkiran.
Di Piala Malaysia, Sarawak terletak di tangga tercorot selepas hanya memungut satu mata setakat ini.