Pasukan Bolasepak Kebangsaan Malaysia dilihat memiliki laluan mudah untuk melepasi peringkat kumpulan Piala AFF selepas sesi pengundian diadakan hari ini.

Di dalam undian tersebut, Malaysia diletakkan bersama Vietnam, dan Myanmar di dalam Kumpulan B, dengan satu lagi pasukan akan hadir dari pasukan Brunei, Timor-Leste, Kemboja datau Laos yang perlu melayakkan diri ke AFF tahun ini.

Kumpulan A dalam pada itu menampilkan pasukan-pasukan handalan Asia Tenggara dengan Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand bertarung sesama sendiri untuk ke pusingan seterusnya.

Dalam pada itu, jurulatih Malaysia, Ong Kim Swee menyatakan bahawa Myanmar dan Vietnam tidak boleh dipandang enteng kerana kedua-dua pasukan ini sudah pasti bersedia untuk memberikan persembahan terbaik untuk negara mereka.

Malaysia dijangka memulakan kempen Piala AFF mereka dengan menentang juara pusingan kelayakan pada 20 November 2016.

22 COMMENTS

  1. sepatutnya team risaukan prestasi team sendiri dr risau siapa yg akan di tentang.seolah hanya mengharapkan laluan mudah.ini mentalliti loser yg mengharapkan tuah berpihak

  2. tajuk yg rasanya kurang sesuai dgn keadaan sebenar tentang kekuatan pasukan malaysia dan pasukan saingan. sepatutnya letak la.. ‘laluan malaysia lebih mudah sedikit berbanding jika berada di kumpulan 1 lagi yg berlainan..walaupun agak nampak sedikit mudah..tapi ia tetap bakal menyajikan tentangan saingan yg sukar kerana jika di bandingkan dgn vietnam dan myanmar yg setiap tahun nampak peningkatan tahap permainan mereka..malaysia boleh lah di labelkan team yg lebih cap ayam’. panjang sgt pulak tajuk.haha

Comments are closed.