Liga SetiaRaja Mukah (LSRM) kini kembali untuk edisi 2017 dengan perubahan jumlah pasukan yang dibenarkan bertanding, dimana lapan pasukan telah mengesahkan penyertaan dalam LSRM kali ini.
Penyertaan lapan pasukan tersebut adalah sejajar dengan permintaan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) bagi semua liga utama setiap di setiap bahagian.
Dalam pada itu, lapan pasukan terbaik dari Bahagian Mukah telah dipilih khas dari LSRM 2016 untuk menyertai LSRM kali ini yang juga digunapakai sebagai liga utama anjuran Persatuan Bolasepak Bahagian Mukah (PBBM).
PBBM juga telah menetapkan bahawa semua pemain LSRM tidak boleh bermain untuk pasukan liga utama bahagian lain.
Sungguhpun mengurangkan bilangan pasukan, format LSRM akan mengekalkan sistem liga penuh dengan dua pasukan tercorot iaitu tempat ke-7 & ke-8 diturunkan ke Liga MuFA 2018, sementara Johan & Naib Johan Liga MuFA untuk tahun ini nanti, akan dinaikkan secara automatik mengisi dua slot dalam LSRM 2018.
Berikut merupakan Pasukan Yang telah mengesahkan penyertaan untuk LSRM 2017 :-
1) LANDAS FC
2) TELLIAN TUJUNOKALA
3) DARO FC
4) PRESS METAL SARAWAK
5) IPDM FC
6) SARAWAK COAL
7) MPG UNITED
8) MY TEAM U20
Sepak mula LSRM 2017 akan diadakan pada 3:30PM, 30hb Julai 2017 di Padang Mesra MDDM Mukah.