Liga Serian 2019 akan menyaksikan hanya lapan pasukan bertanding pada edisi kali ini.
Menurut laporan Utusan Borneo, had pasukan dibuat bagi mengelakkan pertembungan masa penganjuran.
Adalah dinyatakan juga bawaha saingan akan bermula pada 22 September ini dengan beberapa syarat dilonggarkan.
Laporan sama menyebut bahawa pihak Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian telah menetapkan pasukan bertanding boleh menggunakan pemain-pemain dari Piala Belia 2019, Piala Presiden 2019.
Pasukan yang bertanding juga dibenarkan mengunakan pemain-pemain dari pasukan Sarawak 2019, atau pasukan yang bertanding di Liga M3 2019. Pemain-pemain tersebut walaubagaimanapun harus bebas dari terikat dengan pasukan yang mereka wakili sebelim ini.
Juara Liga Serian akan memenangi wang tunai RM4,000, piala, pingat dan baucer barangan bernilai RM1,200.
Saingan Piala FA Serian akan diadakan selepas berakhirnya Liga Serian.