Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT FC) hari ini membuka ibu pejabat baharu di Iskandar Puteri.

Perasmian Ibu Pejabat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dibuat oleh pemilik kelab tersebut, DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Ibu Pejabat empat tingkat itu terletak bersebelahan Stadium Sultan Ibrahim yang bakal siap tidak lama lagi.

Ianya didirikan di atas tanah seluas 2,200 meter persegi dan bakal menempatkan pejabat pengurusan tertinggi JDT, Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dan Southern Tigers Sdn Bhd.

Aras bawah ibu pejabat baharu tersebut menempatkan lobi utama untuk pelawat, skrin mega-LED yang bakal menyiarkan detik-detik istimewa JDT dan bilik seminar.

Tingkat satu dan dua pula akan menempatkan pelbagai jabatan yang berkait rapat dengan JDT FC.

Pejabat pemilik kelab tersebut, yakni pejabat DYAM Tunku Mahkota Ismail, terletak di tingkat paling atas bangunan tersebut.

Kesemua pejabat di Ibu Pejabat JDT ini mempunyai pemandangan yang menarik iaitu menghadap Stadium Sultan Ibrahim.

Turut hadir pada majlis perasmian ibu pejabat tersebut adalah Menteri Besar Johor YAB Dato’ Dr Sahruddin Jamal, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Dato’ Haji Azmi Rohani, Presiden PBNJ, Dato’ Haji Ismail Karim, dan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin.