Sarawak Super League Schedule

Liga Premier yang mana akan menjadi medan pertandingan utama pasukan Sarawak FA akan bermula seawal 2 Februari ini.

Menurut maklumat yang disebarkan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), Liga Premier akan berlangsung selama lebih kurang enam bulan, yakni dari 2 Februari sehingga 27 Julai 2018.

Jadual yang dikeluarkan oleh FMLLP menyaksikan pusingan pertama liga berlangsung dari 2 Februari sehingga 4 Mei, dan pusingan kedua Liga Premier bermula pada 11 Mei sehingga 27 Julai.

Bagi pertandingan Piala FA pula, perlawanan bagi pusingan kelayakan akan bermula seawal 13 Februari, dengan perlawanan akhir ditetapkan pada 7 Julai 2018.

Pertandingan Piala Malaysia dipercayai turut menyaksikan perubahan kepada formal asal dengan pasukan yang layak bertanding untuk Piala Malaysia dijangka bertarung merebut piala berprestij tersebut bermula 3 Ogos 2018.

Perubahan tarikh bermulanya Piala Malaysia bakal menyaksikan pasukan-pasukan yang layak memberi fokus khusus kepada pertandingan tersebut, berlainan dengan format musim 2017 yang mana menyaksikan pasukan bermain untuk Piala Malaysia dan liga dalam tempoh yang sama.

Jadual penting Liga Malaysia
Tarikh penting Liga Malaysia

Analisis ringkat kami terhadap tarikh yang diberikan FMLLP menunjukkan bahawa Liga Malaysia akan lebih menguntungkan pasukan yang berjaya melayakkan diri ke Piala Malaysia, dengan pasukan yang gagal untuk menempatkan diri di Piala Malaysia berehat panjang selepas berakhirnya liga pada 27 Julai.

Comments
LATEST PROMOTION

1 COMMENT

Comments are closed.