Liga Kapit dan Liga Futsal Kapit ditunda

Penularan wabak Covid19 di Bahagian Kapit mengundang keperluan untuk Persatuan Bolasepak Bahagian KapitĀ  (PBBK) menangguhkan dahulu penganjuran Liga Kapit dan Liga Futsal Kapit pada tahun ini.

Presiden persatuan tersbeut, Nicol Agoi memberitahu akhbar tempatan bahawa keputusan sedih itu terpaksa dibuat ekoran Kapit kini berdepan penularan wabak Covid19 yang besar dengan Kapit diistiharkan sebagai zon merah.

“Kita terpaksa menangguhkan kejohanan yang dalam perancangan untuk dianjurkan” kata Nicol kepada sebuah akbar tempatan.

Nicol dalam pada itu berharap bahawa musibah yang kini melanda negara akan segera berhenti pada masa terdekat.

“Kita berdoa agar musibah yang melanda negara ketika ini pulih sepenuhnya.” katanya lagi.

Bola sepak di Kapit kini dalam proses pembangunan semula dengan beberapa kemudahan seperti Stadium Kapit dinaik taraf bagi membolehkan kejohanan dianjurkan dengan lebih baik lagi.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top