Kuching FA gagal meneruskan rentak kemenangan di dalam Liga FAM kelmarin selepas tewas kepada Sime Darby FC di Padang Latihan SDFC.
Biarpun memberikan saingan sengit kepada pasukan tuan rumah, jaringan Nazrul pada minit ke-19 sudah cukup untuk memastikan Sime Darby pulang gembira dengan tiga mata penting, sekaligus melonjakkan pasukan dari Selangor itu ke tangga teratas Liga FAM.
Kuching FA yang turun dengan harapan memungut mata penuh juga terpaksa bermain dengan sepuluh orang apabila Remenor Pit dilayangkan kad merah pada minit ke-43 babak pertama perlawanan.
Tugas untuk mencari gol penyamaan bertambah sukar bagi Kuching FA selepas itu apabila terpaksa bermain dengan sembilan orang sahaja ekoran kecederaan kepada pemain.
Sungguhpun tewas, Kuching FA masih di tangga ketiga Liga FAM B, dan boleh mengekalkan kedudukan di tangga tiga teratas sekiranya menang ke atas SAMB minggu hadapan.