Pasukan Serian FA berjaya mencatat kemenangan 1-0 menentang Kangar FA dalam aksi suku akhir pertama Liga Bolasepak Rakyat (LBRK)  yang berlangsung di Stadium Mini Serian semalam. 

Pasukan Serian FA yang merupakan satu-satunya wakil negeri Sarawak yang beraksi di pentas suku akhir LBRK pada musim ini membawa kelebihan gol di tempat sendiri itu dijadualkan akan beraksi di Kangar minggu depan untuk perlawanan timbal balik. 

Tempoh masa seminggu antara perlawanan semestinya akan dimanfaatkan oleh pasukan Serian FA untuk menajamkan jentera serangan dan memantapkan percaturan taktikal bagi memastikan slot ke pentas separuh akhir menjadi milik mereka. 

Pasukan Serian FA dijadualkan akan menentang Kangar untuk aksi suku akhir kedua pada minggu hadapan.

Jika berjaya melepasi Kangar FA, Serian FA semakin hampir untuk memastikan kejuaraan LBRK kekal di Sarawak semusim lagi, mengulangi kejayaan Kuching FA pada musim lepas. 

6 COMMENTS

  1. harap dpt ikut jejak kuching FA.masok liga FAM..biar 3 team dr sarawak main di liga malaysia..x mustahil LIGA FAM pasya LIGA PERDANA & LIGA SUPER…hidup pemain kelahiran sarawak…biar terbuka sikit mata sdak semenajung nun..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here