LBRK: Limbang FA dan Keningau FA kini dalam kontroversi! 

Harapan pasukan Limbang untuk memperbaiki kedudukan dalam peringkat kumpulan Liga Bolasepak Rakyat kebangsaan (LBRK)  terkubur apabila dikatakan gagal hadir ke perlawanan di laman sendiri pagi tadi. 

Oleh itu, pasukan pelawat, Keningau dihadiahkan kemenangan 3-0 setelah perlawanan yang sepatutnya berlangsung semalam ditunda akibat hujan lebat yang turun di bahagian Limbang semalam. 

Namun, Naib Presiden Limbang FA, Bulhaji Wahab di dalam komen Facebook beliau,  menyatakan bahawa pihak pengendali kejohanan gagal menyalurkan maklumat secara tepat berkenaan dengan perlawanan tertunda pada sebelah pagi ini, sekaligus mengakibatkan pasukan Limbang FA hadir di perlawanan tersebut. 

Beliau juga menyatakan terdapat kekeliruan dan salah faham antara penganjur, pasukan tuan rumah dah pasukan pelawat yang melibatkan isu-isu tiket pengangkutan dan logistik pasukan pelawat dan pengadil. 

Sekiranya keputusan muktamad, kekalahan kali ini menyaksikan pasukan Limbang mengakhiri kempen LBRK di posisi tercorot dengan hanya 2 kali seri sebarang kemenangan.

Menariknya, stuasi hampir seumpama ini pernah berlaku di LBR Zon Borneo tahun ini juga apabila Limbang FA dihadiahkan kemenangan percuma ekoran kegagalan pasukan Kapit FA menghadiri perlawanan akibat kekeliruan yang hampir serupa. 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top