LBR Zon Borneo II: Kapit ikat Betong

Pasukan Borneo Leopards yang mewakili Kapit di dalam Liga Bolasepak Rakyat (LBR) berjaya memungut satu mata di tempat lawan Sabtu lalu apabila mengikat Betong FA 2-2.

Borneo Leopards mendahului pada minit ke 20′ melalui sepakan penalti penyerang sensasi Mohd Ridwan, setelah Mohd Nazri dijatuhkan dalam kotak penalti oleh penjaga gol Betong.

Pada minit ke 42, Borneo Leopards terus menambah jaringan, kali ini menerusi Mohd Nazri yang menyudahkan hantaran silang dari Mohd Ridwan.

Pada babak kedua, Betong bermula garang dengan merapatkan jurang pada minit ke-47 melalui Ibnu Hazri Abdullah , sebelum Zamriza Alba menyamakan kedudukan untuk Betong pada minit ke-60.

Sungguhpun kedua-dua pasukan saling berbalas serangan selepas itu, keputusan seri tersebut kekal sehingga tamat perlawanan, sekaligus memberikan kedua-dua pasukan satu mata berharga.

Borneo Leopards akan menanti kunjungan Sarikei FA pada 29 oktober untuk perlawanan ketiga di Kapit.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top