LBR Miri juara Liga LSC – Miri

Pasukan LBR Miri menjulang kejuaraan pertama apabila menewaskan pasukan WISMA RSC dalam perlawanan akhir Liga LSC – Miri yang berlangsung ahad lalu.

Pasukan LBR Miri berjaya menggapai kejuaraan apabila menewaskan pasukan WISMA RSC dengan jaringan 4-2.

Pasukan LBR Miri terlebih menjaringkan gol oleh Fairul Adi seawal minit ke 13. Syahiran dari pasukan WISMA berjaya menyamakan kedudukan apabila menjaringkan gol pada minit ke 31.

Pada babak kedua perlawanan, pasukan WISMA RSC bangkit apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke 50 hasil jaringan Roslan. Namun, pasukan LBR Miri pantas bangkit apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke minit ke 55 oleh M Haizam.

Pasukan LBR Miri meneruskan penguasaan apabila menjaringkan gol ketiga hasil jaringan M Fadhlur. Fairul Adi sekali lagi menambah kedukaan apabila merobek gawang WISMA RSC pada minit ke 88.

Keputusan akhir menyaksikan pasukan LBR Miri muncul juara Liga LSC – Miri 2017. Pasukan LBR Miri bakal menentang pasukan Sibu dalam perlawanan play-off Liga Bolasepak Rakyat yang akan berlangsung pada 23 Disember akan datang.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top