Pemain tengah kesayangan Sarawak, Joseph Kalang Tie menyatakan kepada kami dalam satu temubual ringkas bahawa beliau amat teruja untuk menentang Liverpool pada 24 Julai kelak.
Menurut Joseph, sungguhpun perlawanan tersebut dilabel sebagai ‘perlawanan sarkas’ oleh sesetengah pihak, beliau merasakan ianya dalah peluang terbaik untuk menimba pengalaman dan ilmu sebagai seorang pemain bolasepak.
Joseph dalam pada itu berharap dapat membanggakan semua yang memberikan kepercayaan kepada beliau untuk beraksi, dan berjanji akan memberikan aksi terbaik sekiranya beliau dipilih untuk bermain.
Tambah Joseph, beliau menghormati taraf pemain Liverpool yang lebih tinggi namun beliau tidak gerun untuk beraksi menentang Liverpool.
Dalam pada itu, kami di SarawakCrocs.com mengharapkan yang terbaik dari Joseph dan berharap beliau akan cemerlang dalam perlawanan tersebut.