Bekas pemain import Sarawak FA dari Indonesia, Kurniawan Dwi Yulianto dikhabarkan sedang dirisik sebuah pasukan Malaysia untuk musim hadapan.

Lagenda bola sepak Indonesia tersebut yang kini sudah bergelar jurulatih, memiliki pengalaman cukup untuk menjadi Ketua Jurulatih pasukan Liga Malaysia dan pernah menjadi penolong jurulatih pasukan Indonesia pada 2018 sebelum diberikan tugas bagi membantu Indra Sjafri bagi mengendalikan skuad B-22 tahun dalam temasya Sukan SEA tahun ini.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Sepanjang tempoh bermain untuk pasukan Indonesia, Kurniawan telah menjaringkan 33 gol, dan khidmat beliau di Sarawak FA menyaksikan beliau menjaringkan 29 gol pada tahun 2005.

Sungguhpun bertaraf bekas pemain Sarawak FA, VocketFC menyatakan bahawa jurulatih kelahiran Magelang itu bukan ke Sarawak FA sebagai jurulatih tetapi mungkin ke pasukan tetangganya, Sabah FA.

Sabah FA yang layak ke Liga Super pada musim depan kini sedang mencari jurulatih baharu bagi membolehkan mereka memenuhi syarat Liga Malaysia.

Malaysia Football League telah menetapkan bawah Ketua Jurulatih pasukan Liga Malaysia, khususnya Liga Super memiliki lesen kejurulatihan Pro A Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Julius Ating yang merupakan Ketua Jurulatih Sabah FA pada ketika ini tidak memiliki sijil tersebut dan keadaan ini memaksa Sabah FA berusaha mencari ketua jurulatih baharu.