Pasukan Sarawak FA tidak akan dirombak secara besar-besaran.  Begitulah yang diberitahu Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Posa Majais kepada Utusan Borneo.

Menurut laporan Utusan Borneo, Posa percaya akan kemampuan pemain-pemain Sarawak FA kini dan akan hanya menggugurkan sebilangan pemain bagi Liga M3.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Laporan Utusuan Borneo tersebut juga membayagkan bahawa barisan kejurulatihan mungkin dikekalkan.

Nama pemain yang bakal digugurkan juga tidak diketahui buat masa ini.

“Kita masih mengekalkan sebahagian besar pemain yang sedia ada bagi menghadapi saingan musim depan.

“Namun, ada beberapa pemain yang akan digugurkan.

“Saya belum dapat memberi gambaran siapakan pemain terbabit” kata Posa kepada Utusan Borneo.

Sarawak FA akan menempuh Liga M3 pada musim hadapan selepas tewas kepada pasukan Kuching FA di dalam perlawanan Play-Off Liga Premier 2020.