Mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan jendela perpindahan pemain Liga Malaysia sentiasa menjadi perhatian peminat bola sepak tempatan yang mengikuti perkembangan pasukan kesayangan masing-masing.

Bermula daripada peringkat rumours (khabar angin) sehingga proses menandatangani perjanjian secara rasmi, penyokong-penyokong akan sentiasa memantau perkembangan pemain yang dijejaki kelab kesayangan mereka dalam jendela perpindahan tersebut.

Justeru Malaysian Football League (MFL) akan mengumumkan bahawa jendela perpindahan dimaklumkan sebulan lebih awal sebelum ia dibuka kepada semua pasukan.

Ini kerana MFL mahu memastikan setiap pasukan dalam saingan Liga Malaysia dapat membuat persiapan dan persediaan yang cukup untuk mendapatkan pemain sasaran mereka.

Di sini MFL ingin berkongsi beberapa fakta mengenai proses pendaftaran pemain pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia.

TEMPOH & SYARAT PENDAFTARAN KEDUA LIGA SUPER MALAYSIA 2019 DAN LIGA PREMIER MALAYSIA 2019

Dimaklumkan bahawa penetapan tarikh Tempoh Pendaftaran Kedua Pemain bagi Liga Super dan Liga Premier 2019 seperti yang telah diputuskan oleh MFL selaras dengan ketetapan FIFA Regulations on the Status and Transfer of Players adalah seperti berikut:

PEMAIN TEMPATAN
Tarikh buka: 2 Mei 2019
Tarikh tutup: 29 Mei 2019 (11.59 malam)

PEMAIN IMPORT
Tarikh buka: 2 Mei 2019
Tarikh tutup: 29 Mei 2019 (11.59 malam)

PROSES PENDAFTARAN PEMAIN

  1. Maksimum 4 Pemain Tempatan dan 5 Pemain Asing bagi pasukan-pasukan LIGA SUPER MALAYSIA 2019 dan maksimum 4 Pemain Tempatan dan 4 Pemain Asing bagi pasukan-pasukan LIGA PREMIER MALAYSIA 2019 (Syarat pendaftaran pemain asing tertakluk kepada Peraturan Pertandingan Liga Malaysia) boleh dibatalkan dan didaftarkan di dalam Tempoh Pendaftaran Kedua. Pendaftaran hendaklah melalui Surat Permohonan Rasmi pembatalan dan pendaftaran pemain serta melalui Sistem FAM MyPAS.
  2. Pendaftaran Pemain Tempatan / Asing adalah dibenarkan bagi pemain baharu dan pemain (yang telah tamat kontrak) dari mana – mana pasukan Liga Super dan Liga Premier musim 2019.
  3. Bagi pasukan yang masih belum memenuhi kuota maksimum 30 pemain (26/25 pemain tempatan dan 4/5 pemain asing), boleh membuat pendaftaran tambahan pemain baharu bagi memenuhi kuota yang berkenaan.
  4. Bagi pasukan yang tidak menyertai pertandingan Piala Presiden / Piala Belia 2019 dan membuat pembatalan pemain Bawah 21 tahun (B21), hendaklah membuat pendaftaran penggantian pemain peringkat B21 yang berkenaan dan WAJIB mengekalkan minima 5 orang Pemain B21 tahun (25 + 5 pemain Bawah 21 Tahun = 30 pemain).

NOMBOR JERSI

  1. Pemain – pemain Tempatan / Asing yang didaftarkan dengan Pasukan Liga Super dan Liga Premier semasa Tempoh Pendaftaran Kedua hendaklah menggunakan jersi bernombor 51 hingga 60.
  2. Walau bagaimanapun pemain – pemain yang didaftarkan semasa Tempoh Pendaftaran Kedua boleh dipertimbangkan untuk dibenarkan menggunakan Jersi Nombor 1 hingga 30 yang yang belum didaftarkan atau yang telah dibatalkan daripada pemain asal.

DOKUMENTASI DAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT BOLASEPAK (FAM MyPAS)

Pemain Tempatan dan Asing yang telah dibatalkan dan ditamatkan kontrak boleh didaftarkan dengan mana-mana pasukan dengan syarat WAJIB menyertakan dokumen seperti yang berikut:-

i. Surat Pelepasan daripada majikan/ pasukan asal;
ii. Salinan International Transfer Certificate (ITC); pemain asing sahaja
iii. Salinan Dokumen Perjanjian / Persetujuan Bersama Penamatan Kontrak yang SAH;
iv. Muat naik Polisi Insurans bersama pasukan baru yang dikeluarkan oleh Syarikat Insurans yang SAH dan BUKAN surat yang dikeluarkan oleh pasukan sendiri;
v. Borang Pengisytiharaan Harta & Borang Integriti telah mendapat pengesahan daripada Unit Integriti FAM;
vi. Permit kerja yang SAH;
vii. Laporan Perubatan yang SAH; dan semua
dimuatnaik dan dikemaskini ke dalam FAM MyPAS dan kelulusan tertakluk kepada Sekretariat Pertandingan MFL. Sebarang perpindahan pemain hendaklah dimohon dari sistem MyPas.

ORGANISASI TEKNIKAL PERLAWANAN

Peraturan pendaftaran pemain pada hari perlawanan ini telah digunapakai sejak 5 tahun lalu di mana Komisioner Perlawanan MFL akan setiap kali memberi peringatan peraturan tersebut pada setiap Mesyuarat Koordinasi Perlawanan yang wajib dihadiri oleh jurulatih dan pegawai pasukan tuan rumah dan pelawat.

Pasukan tidak dibenarkan mengubah senarai rasmi kesebelasan utama setelah ianya dikeluarkan secara rasmi (di dalam kira detik
Perlawanan ialah pada 60 minit sebelum sepak mula perlawanan).

Ia bertujuan untuk kekal konsisten kerana ia bakal memberikan kesan kepada media cetak, online dan televisyen, penyokong serta pasukan pelawat di mana ia secara tidak langsung memberikan impak negatif kepada pengurusan perlawanan selain memastikan kelancaran operasi perlawanan.

Makluman: Artikel ini telah diambil dari laman web Malaysia Football League dan diterbitkan di sini sebagai rujukan dan makluman peminat bolasepak Sarawak.

DISCLAIMER: SarawakCrocs is not responsible for views and comments made by readers and followers in relation to this article. The view and comments are owned by the account owner and does not, in any way reflect what we stand for. All liabilities and risk stemming from the comments that are published are the responsibility of the account holder. Thank you. SarawakCrocs Tribal jersey