Kuching tidak harus terlalu ‘hormat’ status hebat JDT

Pasukan Kuching FA tidak harus terlalu menghormati pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) biarpun pasukan milik Tengku Mahkota Johor tersebut sudah menang Liga Super lapan kali berturut – turut.

Demikianlah kata – kata peminat pasukan Kuching yang merasakan bahawa peluang Kuching seimbang apabila undian Piala Malaysia selesai Ahad lalu.

Rata – rata komen di media sosial mengakui bahawa cabaran Kuching sememangnya getir memandangkan JDT bukanlah pasukan calang – calang, namun mereka tetap dengan pendirian bahawa ‘bola itu bulat’ dan Kuching mampu melakukan kejutan.

Malah, peminat juga merasakan jika Kuching terlalu ‘hormat’ kepada status JDT ketika di dalam padang, mungkin hadir perasaan ‘segan’ keika kedua- dua pasukan bertembung, sekaligus menyaksikan JDT akan mudah menguasai rantak perlawanan.

Peminat dengan itu mahukan pemain Kuching fokus dan melakukan yang terbaik bagi memastikan kemenangan mampu diperolehi kelak.

Dalam perkembangan sama, peminat Kuching juga mahu Kuching memberikan saingan terbaik apabila bertemu JDT kelak, dengan ada diantara pemain berkata pengalaman pemain Kuching mampu membantu pasukan ‘anak Sarawak’ itu untuk berjaya ke pusingan seterusnya di dalam Piala Malaysia.

Pemenang perlawanan JDT – Kuching kelak akan bertemu pasukan Kuala Lumpur yang telah mendapat ‘bye’ ekoran penyingkiran pasukan Sabah FA dari Piala Malaysia.

Sabah terpaksa disingkirkan selepas pihak Malaysia Football League (MFL) gagal mendapatkan kebenaran laluan khas untuk pemain pasukan tersebut bertanding di dalam Piala Malaysia.

Ini menyaksikan Kuching hadir sebagai pasukan Borneo Malaysia tunggal di pertandingan tersebut selepas satu lagi pasukan, Sarawak United, gagal melayakkan diri ke pertandingan berprestij tersebut tahun ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top