Kuching mengesahkan tiket ke suku akhir Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) peringkat kebangsaan bersama Ledang, dan Rembau selepas masing-masing mencatat kemenangan pada Sabtu lalu.
Kemenangan 4-2 Kuching ke atas wakil Sabah, Papar telah menjadi perlawanan yang mengesahkan tempat Kuching ke peringkat Suku Akhir LDR musim ini.
Selain daripada Kuching, pasukan Miri juga menghidupkan peluang untuk ke suku akhir selepas menumpaskan Kota Belud 4-2 melalui jaringan Amar Muaz Zamri, Muhd Nur Arsyad Tamit, Fairul Hadi dan Mohd Nazrul Husni.
Miri dalam pada itu hanya memerlukan keputusan seri apabila menentang Papar Sabtu ini, atau mengharapkan Kuching mengalahkan Kota Belud bagi mengesahkan tempat ke Suku Akhir LBR 2016.
Selain diiringin Ledang dan Rembau, Kuching juga akan diiringi dua wakil Kumpulan D, Temerloh dan Padang Besar serta Batang Padang dari Kumpulan A yang telah mengesahkan tempat mereka lebih awal.