Home Malaysian football CEO Pahang FC letak jawatan

CEO Pahang FC letak jawatan

Ketua Pegawai Eksekutif Pahang FC, Fahrizal Hasan telah meletak jawatan susulan prestasi buruk Pasukan Bolasepak Pahang.

Fahrizal telah memuat naik kenyataan berkenaan peletakan jawatannya di media sosial selepas menghubungi pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Pahang.

Pahang yang pada musim lalu menamatkan kempen Liga Super di kedudukan ketiga, belum lagi mengecapi sebarang kemenangan musim ini dan menduduki tangga terbawah Liga Super selepas empat perlawanan.

Pasukan yang dibimbing Ahmad Shaharuddin Rosdi turut tewas mengejut kepada Simde Darby FC Sabtu lalu di dalam kempen Piala FA, yang sekaligus menyingkirkan Pahang dari pertandingan tersebut.

Susulan kekalahan Pahang itu, peminat telah berhimpun di luar stadium bagi meminta penjelasan berkenaan kemerosotan mengejut skuad Tok Gajah yang suatu ketika dahulu amat digeruni di persada Liga Malaysia.

SOURCEAstro Arena
Previous articleKuching sah wakil Borneo Malaysia ke Suku Akhir LBR
Next articleRajagobal frustrated with recent team developments