Kuching pintas Sarawak United dalam Liga Premier

Pasukan Kelab Bolasepak Kuching City berjaya memintas pasukan Kelab Bola Sepak Sarawak United di dalam Liga Premier malam ini tadi.

Ini ekoran keputusan Liga Premier malam ini yang menyaksikan pasukan Kuching berjaya menang bergaya keatas Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, manakala pasukan Sarawak United pula tewas mengejut kepada pasukan Kelantan FA di Stadium Sultan Muhamad IV, Kota Bharu.

Di dalam perlawanan malam ini, Kuching telah menjaringkan empat gol pada babak pertama perlawanan untuk menamatkan perlawanan dengan kemenangan selesa 4-2 ke atas Negeri Sembilan.

Gol – gol Kuching dijaringkan oleh Bryan Jones pada minit ke-12 dan 22, dengan Hudson Dias menjaringkan gol pada minit ke-21.

Jimmy Raymond menjaringkan gol ke-empat Kuching pada minit ke-28.

Sementara itu, Sarawak United pula dilihat tidak bernasib baik apabila tewas melalui gol tunggal Kelantan FA pada minit ke-84 yang terhasil daripada sepakan penalti yang disempurnakan oleh pemain gantuin, Mohd Nazrin.

Kedua- dua pasukan terikat tanpa jaringan pada babak pertama.

Keputusan ini sekaligus menyaksikan Kuching memiliki 10 mata untuk naik ke tangga ke-10 mengatasi pasukan Sarawak United.

Sarawak United yang gagal memungut sebarang mata pada malam ini jatuh ke tangga ke-11 dengan kekal memungut lapan mata, dan mereka diekori rapat oleh pasukan Perak 2 yang memiliki kelebihan satu perlawanan.

Pasukan Perak 2 yang kini menghuni tangga tercorot liga dengan hanya enam mata akan bertemu pasukan JDT 2 esok (Sabtu), dengan kemenangan ke atas JDT 2 sahaja yang mampu melonjakkan kedudukan mereka dari kedudukan paling bawah tersebut.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top