Pasukan Kuching memenuhi ramalan Piala Malaysia selepas tersingkir dari pertandingan berprestij tersebut malam ini tadi.
Menentang juara bertahan Piala Malaysia, yang juga merupakan juara tujuh kali Liga Super, JDT, Kuching sememangnya diramal sukar untuk mara ke peringkat seterusnya apabila diundi menentang JDT pada minggu lepas.
Sungguhpun demikian, semangat Kuching tetap membara apabila perlawanan bermula dengan pasukan tunggal dari Malaysia Borneo itu cuba menembusi barisan pertahanan JDT.
Perbezaan kualiti jelas kelihatan dengan JDT berupaya mengawal hampir keseluruahan perlawanan dengan Kuching hanya mampu melaksanakan cubaan – cubaan jarak jauh, serta serangan kilat yang tidak efektif.
JDT yang pula hanya memerlukan jaringan pemain mudanya, Ariff Aiman pada pada minit ke-19, untuk menyaksikan JDT menang tipis pada perlawanan kalah – mati tersebut.
Kedua – dua pasukan saling menyerang selepas jaringan tersebt, tetapi tiada gol berjaya dihasilkan lagi selepas itu.
Ini sekaligus memberikan JDT kemenangan yang diperlukan untuk mara ke peringkat berikutnya.
Kekalahan Kuching itu menandakan berakhirnya musim menarik bagi pasukan Kuching yang baru berusia 5 tahun itu.
Bagi JDT pula, mereka kini perlu bersedia untuk menghadapi Kuala Lumpur yang kini sedang menanti di dalam peringkat seterusnya.




