Pasukan bolasepak Persatuan Bolasepak Kuching hari ini mengesahkan tempat mereka ke perlawanan akhir Liga Bolasepak Rakyat (LBR) Kebangsaan selepas menewaskan Temerloh 1-2 hari ini di Stadium Temerloh.
Di dalam perlawanan sengit petang tadi, Kuching meletakkan diri di hadapan pada minit keenam melalui jaringan Shahfitri Salem.
Shahfitri muncul wira sekali lagi pada minit ke-88 apabila meledakkan gol kedua Kuching, debelum Suhaili Wezam menjaringkan gol saguhati Temerloh pada minit-minit akhir perlawanan.
Kemenangan Kuching bermaksud mereka layak ke perlawanan akhir dengan aggregat 3-2, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Kuching pada Separuh Akhir pertama
Lawan Kuching di perlawanan akhir dilihat hampir pasti adalah Padang Besar apabila pasukan tersebut kini mendahului Batang Padang PKNP dengan perlawanan berbaki lapan minit. Walaubagaimanapun, keputusan akhir bagi perlawanan separuh akhir kedua itu terpaksa ditunda sehingga esok ekoran perlawanan terpaksa ditunda akibat hujan lebat dan kilat.
Perlawanan akhir LBR Kebangsaan dijadualkan pada 28 Mei nanti.