Kuching jalin bekerjasama dengan SSC untuk bentuk pasukan B19 tahun

Kelab bola sepak Kuching City akan bekerjasama dengan Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dalam menyertai Liga B19 Malaysia.

Dalam kenyataan rasmi kelab tersebut, Pengerusinya, Fazzrudin Abdul Rahman berkata bahawa SSC mempunyai beberapa pusat pembangunan dan pusat kecermelangan yang boleh digunapakai Kuching City yang mana pemainnya tidak mempunyai peluang bermain bola sepak di peringkat tinggi.

“Pasukan Kuching FC akan menjalankan Kerjasama bersama Perbadanan Sukan Sarawak dalam menyertai Liga B19 Malaysia.” kata Fazzrudin dalam kenyataanya.

“Perbadanan Sukan Sarawak atau SSC mempunyai beberapa Pusat Pembangunan dan Pusat Cemerlang Bawah 19 tahun tetapi pemain-pemain ini tiada berpeluang untuk bermain di peringkat yang tinggi.

Fazzrudin juga mengesahkan bahawa kerjasama Kuching City dan SSC akan menyaksikan pemain – pemain yang dipilih menyertai pasukan B19 Kuching City/SSC.

“Kerjasama bersama SSC akan melihat pemain-pemain ini dipilih untuk menyertai Pasukan Kuching City FC/SSC, dan jurulatih-jurulatih akan disediakan oleh SSC dan juga Kuching City FC.

“Dengan Kerjasama sebegini, kita mengharapkan agar pemain-pemain ini boleh menetapkan halatuju dalam karier bolasepak mereka.” katanya di dalam kenyataan tersebut lagi.

 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top