Kuching FA umum pengakhiran jenama ‘Kuching FA’

Pasukan bola sepak Kuching FA hari ini mengumumkan pengakhiran jenama Kuching FA.

Dalam satu kenyataan ringkas di media sosial mereka, pasukan bola sepak tersebut berkata bahawa mereka akan mengemaskini info terbaharu pasukan bola sepak tersebut dengan nama baharu, logo baharu dan semangat baharu.

Kenyataan Kuching FA it hadir selepas berakhirnya tempoh menghantar cadangan logo dan nama bagi kelab tersebut.

Kuching FA yang merupakan pasukan di bawah Persatuan Bolasepak Bahagian Kuching (PBBK), ditubuhkan pada tahun 2015 untuk menyertai Liga Bolasepak Rakyat.

Pasukan kerdil itu berjaya menjuarai kejohanan tersebut dan kemudiannya diangkat naik ke Liga FAM, sebelum berjaya melayakkan diri ke Liga Premier secara merit.

Kini, pasukan tersebut akan melangkah ke satu dimensi baharu selepas berjaya mengasingkan pasukan tersebut dari pengurusan (PBBK), sekaligus menyaksikan terhasilnya kelab bola sepak profesional baharu di Kuching.

Dengan hadirnya penswastaan pasukan ini kelak, maka akan ada dua kelab bola sepak profesional dari Sarawak, yakni Sarawak United FC dan kelab baharu yang menggantikan nama Kuching FA.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top