Pasukan Kuching FA akan turun tanpa dua tonggak utama malam ini apabila berdepan pasukan Protap FC dalam perlawanan Liga M3.

Perlawanan yang dijadualkan pada jam 9 malam di UM Arena Kuala Lumpur akan bakal menyaksikan Kuching turun tanpa penyerang berbisa Sufizal Ismail dan Muhammad Yazid Ahzhar.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Kedua-dua pemain dilaporkan cedera dan hampir pasti tidak akan diturunkan.

Menurut laporan Utusan Borneo, senarai pemain Kuching yang cedera dalam pada itu semakin meningkat selepas pemain pertahanan kental Hairol Mokhtar juga dilaporkan cedera.

Turut juga dilaporkan cedera adalah penjaga gol utama, Awang Mohd Tarmizi Awang Mahdini.

Kecederaan kepada pemain utama Kuching sedikit sebanyak bakal merencatkan perancangan pasukan Kuching.

Sungguhpun demikian, ketua jurulatih Kuching, Ideris Untong, dipetik akhbar Utusan Borneo sebagai berkata kecederaan yang melanda akan memaksa beliau melakukan rombakan kecil sahaja kepada pasukan.

Kuching dalam misi mesti menang baki semua perlawanan Liga M3 untuk memastikan mereka mempunyai peluang memintas Kelantan United sebelum saingan liga berakhir.