Gol saat akhir oleh Metha menyaksikan pasukan Kuching FA tercicir mata sekali lagi di dalam sainhan Liga M3, sekaligus menyukarkan pasukan tersebut merampas kedudukan teratas liga dengan baki lima perlawanan.

Dalam perlawanan sengit itu, Protap FC bermula garang dengan menjaringkan gol pembukaan perlawanan seawal minit ke-10 melalui Azrizan.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Enggan mengalah, Kuching mula melancarkan serangan bertali arus ke atas kubu Protap, dan hasilnya Samsu Alam menyamakan kedudukan pada minit ke-33.

Babak pertama berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat sama.

Pada babak kedua, Kuching terus mengasak untuk menjaringkan gol namun beberapa cubaan berbahaya Joseph Kalang Tie tersasar dari sasaran.

Zainuddin akhirnya berjaya meledakkan gol pendahuluan buat Sarawak pada minit ke-78 dengan Kuching jelas mahu terus membawa tiga mata penuh malam itu.

Sungguhpun demikian, Protap berjaya mengecewakan Kuching pada minit tambahan perlawanan setelah Metha menyumbat gol penyamaan perlawanan sekaligus menyaksikan perlawanan berakhir dengan keputusan seri.