Pasukan Liga Premier, Kuching FA tewas kepada pasukan Liga Super UiTM FC malam tadi.
Perlawanan yang disiarkan secara langsung oleh laman Sarawak Aritok menyaksikan pasukan bimbingan Ideris Untong mendahului pada babak awal perlawanan.
Rafiezan mencetak nama sebagai penjaring gol pertama perlawanan apabila beliau merembat cantik masuk satu hantaran lintang terus ke dalam gawang gol pada minit ketiga.
Kuching FA menggandakan asakan dan hasilnya, satu serangan kilat berjaya disempurnakan Joseph Kalang Tie pada minit ke-40 selepas beliau menerima umpanan cantik dari Alves.
Kuching kekal mendahului 2-0 sehingga berakhirnya babak pertama.
Bersambung babak kedua, UiTM engan berputus asa biarpun sudah dua gol ketinggalan.
Hasilnya, UITM menggandakan asakan mereka dan berjaya menjaringkan tiga gol, sekaligus menyaksikan kemenangan berpihak kepada pasukan tersebut.