Pasukan Liga M3 Kuching FA terus garang di Liga M3 malam ini apabila menundukkan pasukan SMB FC di Stadium Sarawak.

Pasukan bimbingan Ideris Untong itu walaubagaimanapun terpaksa menunggu sehingga minit ke-55 sebelum membuka tirai jaringan melalui penyerang sensasi Joseph Kalang Tie.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Gol Joseph menyaksikan beliau kini telah menjaringkan tujuh gol di Liga M3.

Kuching terus garang menambah jaringan apabila pemain gantian, yang juga merupakan penyerang terbaharu Kuching FA Sufizal Ismail menjaringkan gol kedua perlawanan pada minit ke-84, sekaligus meletakkan pasukan tuan rumah dua gol di hadapan SAMB.

Dengan perlawanan berbaki kurang enam minit, pasukan Kuching terus melancarkan serangan-serangan berbahaya, namun kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan Kuching mengukuhkan kedudukan pasukan tersebut di persada Liga M3, sekaligus mencerahkan peluang pasukan itu untuk merebut aksi play-off untuk melayakkan diri ke Liga Premier 2020.

SILA FOLLOW SARAWAKCROCS DI INSTAGRAM UNTUK KEMASKINI TERKINI BOLASEPAK.