Kuching FA sasar naik ke Liga Premier 2019

Pasukan Liga Premier Kuching FA meletakkan sasaran mahu ke Final Liga FAM pada musim ini.  Pada musim lepas, Kuching FA berjaya mara ke suku akhir Liga FAM, sebelum tewas kepada naib juara musim lepas UKM FC.

Jika berjaya, Kuching FA akan secara automatik layak ke Liga Premier musim hadapan mengikut format Liga FAM.

Jika pasukan Sarawak FA kekal di Liga Super musim hadapan, dua pasukan dari Sarawak,  Kuching FA dan Sarawak FA akan bertembung di dalam liga yang sama.

Pengurus pasukan Kuching FA, Fazzrudin Abdul Rahman berkata bahawa sasaran tersebut realistik memandangkan persiapan rapi pasukan pada musim ini.

Sungguhpun meletakkan sasaran tinggi, Fazzrudin mengakui cabaran Liga FAM adalah sengit dan beliau menjangkakan pasukan PJ Rangers adalah antara pencabar utama pasukan beliau.

Kuching FA akan memulakan aksi Liga FAM pada minggu depan apabila pada 13 Februari 2018.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top