TM melalui jenama Unifi telah mengumumkan penajaan Liga Super dan Piala Malaysia selama lapan tahun bermula musim ini. TM juga akan menjadi penaja bersama bagi Piala FA.

Penajaan tersebut akan menyaksikan nama kedua-dua pertandingan ditukar nama kepada ‘unifi Liga Super’ dan ‘unifi Piala Malaysia’ sehingga tahun 2025.

Dalam pada itu, unifi akan menayangkan semua perlawanan unifi Liga Super dan unifi Piala Malaysia melalui unifi TV yang menjadi miliknya.

Turut akan ditayangkan melalui unifi TV adalah perlawanan terpilih dari 100Plus Liga Premier, Challenge Cup dan perlawanan-perlawanan lain yang dianjurkan oleh pihak FMLLP.

Sebelum ini, FMLLP turut mengumumkan kerjasama dengan stesen TV digital iFlix yang mana akan menayangkan kesemua perlawanan Liga Super dan Piala Malaysia, dan perlawanan terpilih bagi Liga Premier dan PIala FA.

Comments
LATEST PROMOTIONWORLD CUP PROMOTION AND CONTEST