Kuching FA mempunyai peluang untuk mencipta kejutan

Dua perlawanan melibatkan pasukan Sarawak akan berlangsung esok, dengan Kuching FA dan Sarawak FA dilihat mempunyai peluang untuk mara ke pusingan ketiga Piala FA musim ini.

Sungguhpun pasukan Sarawak FA bakal mendapat siaran langsung di UnifiTV, tumpuan peminat bolasepak Sarawak lebih terarah kepada pasukan Kuching FA yang akan beradu tenaga dengan pasukan Kuala Lumpur FA.

Ini adalah kerana, Kuching FA mempunyai reputasi yang cukup baik sebagai ‘giant killer’ sepanjang tempoh mereka melibatkan diri di dalam Liga Malaysia.

Bermula dengan menjadi juara Liga Bolasepak Rakyat yang pertama, Kuching FA terus berjaya mencipta kejutan dengan mara ke pusingan suku akhir Liga Premier musim lalu, dengan hanya tewas kepada pasukan UKM FC yang menjadi Liga FAM pada musim sama.

Pada musim ini, pasukan Real Chukai yang terkenal dengan kehebatan di Terengganu tewas juga kepada pasukan Kuching FA, sebelum Kuching mengutip mata penuh pertama di dalam Liga FAM minggu lepas hasil kemenangan ke atas pasukan MPKB-BRI UBES FC.

Dalam pada itu, biarpun Kuching FA bakal berdepan tugas berat untuk menewaskan Kuala Lumpur FA pada pusingan kedua kali ini, adalah dirasakan bahawa tiada yang mustahil bagi pasukan kerdil ini untuk mendapat kemenangan berdasarkan prestasi semasa mereka.

Kuching FA bakal bertemu Kuala Lumpur di Stadium Cheras Sabtu ini pada jam 9 malam.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top