LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Pasukan Kuching FA kini menghuni tangga tercorot Liga Premier ekoran tiga kekalahan yang dialami.

Pasukan itu bermain di Liga Premier buat pertama musim ini, namun mereka kini mendapati ‘kehidupan sukar’ dialami di liga tersebut dengan keputusan yang diperagakan mengecewakan.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Untuk musim 2020, Kuching FA tidak melakukan banyak perubahan kepada pasukan tempat kedua Liga M3 mereka, biarpun sedar perbezaan Liga M3 dan Liga Premier adalah besar.

Ini adalah memandangkan Liga M3 adalah bertaraf liga amatur dan Liga Premier adalah bertaraf profesional.

Sebagai persediaan Liga Premier musim iniKuching FA mengekalkan ramai pemain sedia ada pasukan tersebut, dengan kemasukan hanya beberapa pemain baharu.

Sungguhpun demikian, ramai peminat bola sepak Kuching FA tidak melihat ini sebagai satu masalah ekoran hakikat kebanyakan pemain Kuching FA yang bermain di Liga M3 adalah pemain profesional yang pernah menabur bakti di Liga Super dan juga Liga Premier.

Dengan Kuching FA kini di dasar liga tanpa sebarang mata, pihak pengurusan Kuching FA perlu mencari ramuan segera untuk memastikan pasukan itu akan terus mampu bersaing untuk Liga Premier musim ini.