LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Pasukan utama Sarawak United FC, Sarawak United A (SUA) gagal meneruskan momentum kemenangan apabila tewas kepada pasukan simpanan Selangor FC.

Pertembungan kedua-dua pasukan di Stadium Kuala Lumpur menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa sebarang jaringan sehingga minit ke-80.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Malah, Selangor 2 berjaya menguasai perlawanan pada babak pertama dan mencipta beberapa peluang berbahaya di dalam kawasan pasukan SUA, sekaligus menyaksikan SUA banyak bertahan pada awal babak pertama.

Pada babak kedua, perlawanan dilihat lebih terbuka namun Selangor 2 berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 80 melalui Ahmad Danial.

Ketua Jurulatih SUA E Elavarasan yang ditemui selepas perlawanan mengakui bahawa SUA tidak bermain dengan baik malam tadi.

Beliau yang ditemuramah pemberita pada akhir perlawanan berkata “Dari awal perlawanan kita (SUA) tak main berapa bagus. Bahagian tengah kita lemah dari babak pertama dan kita cuba menahan asakan.”

Malah, jurulatih berpengalaman itu turut menyatakan bahawa perlawanan malam tadi sememangnya akan dimenangi pasukan mana yang menjaringkan gol dahulu dimana beliau dipetik berkata “Perlawanan ini adalah 50-50 dan sesiapa yang menjaringkan gol akan menang.”

Ketua jurulatih Selangor 2, Michael Feichtenbeiner dalam maklumbalas beliau pula berkata “Pasukan Selangor 2 terdiri daripada pemain-pemain tempatan yang amat muda.

“Mereka harus merasai bahawa usaha keras mereka di dalam Liga Premier harus membawa kepada satu kemenangan.

“Oleh itu, kemenangan malam ini adalah penting, disamping juga ianya memberi pengalaman berguna kepada pemain saya.

“Terus terang saya katakan, kita sememangnya layak menang malam ini kerana lawan kami malam ini banyak bermain menggunakan hantaran jauh sambil mengharapkan kami membuat kesilapan.

“Akan tetapi, strategi mereka ini mengakibatkan mereka gagal mencipta ruang untuk mereka sendiri dan ini menyaksikan kami adalah pasukan lebih aktif di antara kedua-dua pasukan”.