Pasukan Kuching FA masih mengekalkan rekod tanpa kalah di dalam Liga M3 setakat ini.

Selepas mengharungi sembilan perlawanan, pasukan bimbingan Ideris Untong itu gah di tangga pertama liga dengan 23 mata hasil tujuh kemenangan dan dua keputusan seri.

SarawakCrocs Fantasy Premier League 2019/20

Bukan sahaja itu, Kuching turut memiliki jumlah bolos paling sedikit di dalam Liga M3, berkongsi jumlah bolos yang sama dengan pasukan tangga kedua, Kelantan United.

Bagaimanapun, keputusan seri menentang DDM FC petang tadi menyebabkan Kuching terlepas peluang untuk menjarakkan diri dari pasukan lain di Liga M3, sekaligus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas liga.

Kini, Kuching hanya memiliki kelebihan satu mata ke atas pasukan Kelantan United yang menghuni tangga kedua, dan tiga mata lebih dari Armed Forces FC yang berada di kedudukan ketiga.

Dengan jarak mata terlalu sedikit dan 17 lagi baki perlawanan untuk diharungi, Kuching dalam harus memastikan mereka menang perlawanan seterusnya menentang Penjara FC untuk memastikan hasrat ke play-off Liga Premier tidak terjejas.