Kuching FA ikat satu lagi pemain Brazil

Di kala Malaysia melaksanakan Sekatan Perjalanan (MCO) di seluruh negara, pasukan Kuching FA dalam diam telah mengikat seorang pemain baharu.

Menurut laporan DayakDaily, Kuching FA telah mengikat pemain Brazil, Bryan Jones.

Laporan DayakDaily menyebut bahawa Penolong Pengurus Kuching FA, Iswandi Ali Hassan sebagai mendedahkan hal tersebut kepada portal berkenaan.

Adalah difahamkan bahawa Bryan Jones akan mengambil alih tempat seorang lagi pemain Brazil yang cedera, yakni Leonardo Passos Alves.

Daripada carian kami di internet, kami didapati bahawa Bryan Jones berketinggian 1.8m.

Beliau yang dilahirkan di Campinas, Brazil dan berusia 30 tahun.

Berfungsi sebagai penyerang, Jones belum pernah bermain di Asia Tenggara, sekaligus menyaksikan kemasukan beliau ke Kuching FA sebagai langkah pertama beliau ke benua ini.

Menurut transfermarkt.com, kelab terakhir Jones adalah kelab Brazil, Luverdense, dan beliau tidak bermain dengan mana-mana kelab sejak dilepaskan pada April 2019.

Jones diletakkan bernilai sekitar RM120 ribu oleh laman sama dan beliau pernah juga pernah bermain di Liga Israel dan laman Soccerway.com meletakkan beliau sebagai pemilik kepada 7 jaringan setakat ini.

Menurut laporan DayakDaily, Jones dijangka boleh diturunkan apabila Liga Premier bersambung kelak.

Untuk makluman, jendela perpindahan telah ditutup pada 15 Mac lalu.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top