Kuching FA harap MAS kekal jadi penaja

Kuching FA memngumumkan mereka berhasrat untuk menjalinkan kerjasama bersama Malaysia Airlines Berhad (MAS).

‘Kerjasama’ pada hemah kami adalah pengambilan MAS sebagai antara penaja pasukan Kuching FA.

Menurut laman media sosial Kuching FA, satu pertemuan antara Kuching FA dan wakil Malaysia Airlines Berhad, En Alias Suut dan En Abell, telah diadakan bagi membincangkan potensi kerjasama tersebut.

Kuching FA diwakili presidennya, Fazzruddin Abdul Rahman.

Kenyataan Kuching FA seterusnya membayangkan MAS sebagai pengangkutan udara rasmi pasukan Kuching FA jika kerjasama tersebut menjadi kenyataan.

Bagi kami, kemungkinan penajaan ini menjadi realiti adalah hampir pasti kerana MAS pernah menjadi penaja kepada pasukan Kuching FA musim lepas.

Prestasi Kuching FA yang baik di dalam Liga M3 musim lepas, dan hakikat Kuching FA akan bermain di Liga Premier musim ini sudah pasti akan juga menjadi antara ‘plus point’ kepada MAS untuk memperbaharui kerjasama di antara kedua-dua entiti.

 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top