Pasukan Kuching FA bakal melayan kunjungan UKM FC apabila Liga Premier bermula pada 29 Februari 2020.
Mengikut jadual Liga Premier yang dikeluarkan Malaysia Football League (MFL) yang baharu diterima sebentar tadi, Kuching bakal menanti kunjungan UKM di Stadium Negeri, Sarawak.
Selepas itu, Kuching akan berkunjung ke Kota Bharu untuk bertemu seteru Kelantan United di Stadium Sultan Mohammed IV.
Pertemuan Kuching Derby diantara Kuching FA dan Sarawak United A pula dijadualkan pada minggu perlawanan Liga Premier ke-7, dengan perlawanan dianjurkan oleh Kuching di Stadium Negeri juga.
Tarikh perlawanan belum diputuskan secara tetap oleh pihak MFL namun ianya dijangka berlangsung diantara 17 – 19 April ini.
Lima perlawanan awal Kuching yang sudah sah tarikhnya adalah seperti dibawah:
- 29 Feb : Kuching FA vs UKM FC
- 6 Mac : Kelantan United FC vs Kuching FA
- 10 Mac : Kuching FA vs Terengganu FC II
- 14 Mac : Pulau Pinang FA vs Kuching FA
- 4 April : Kuching FA vs Selangor 2