Kuching FA dan Sarawak United boleh mula ‘turun padang’ Ogos ini

Dua pasukan yang bertapak di Sarawak, Kuching FA dan Sarawak United FC, akan boleh memulakan sesi latihan berpasukan mereka mulai Ogos 2020 ini.

Ini bermaksud sesi latihan berpusat bagi kedua- dua pasukan yang bertapak di Kuching ii akan hanya dibuat dalam masa tiga bulan dari sekarang.

Pengurus Liga Malaysia, Malaysia Football League (MFL) dalam satu kenyataan berkata bahawa “Semua pasukan akan memulakan sesi latihan pada Ogos 2020 mengikut SOP kendalian latihan dan perlawanan Liga Malaysia yang akan dikeluarkan oleh FAM dan MFL berdasarkan arahan MKN, KKM dan KBS serta garis panduan daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).” dan ini sekaligus membabitkan pasukan Kuching FA dan Sarawak United yang kini bermain di Liga Premier.

Sungguhpun demikian, sesi latihan berpusat untuk pasukan Sarawak FA belum lagi boleh dipastikan kerana pihak Amateur Football League (AFL) akan hanya memutuskan status pasukan Liga M3 dan ke bawah pada bulan Jun 2020.

MFL hari ini menyatakan bahawa mereka kini sedang merancang untuk menyambung Liga Malaysia pada bulan September 2020 kelak.

Sungguhpun demikian, kesemua perancangan ini akan tertakluk dengan situasi pandemik COVID-19 di Malaysia, dan juga keputusan MFL yang akan bermesyuarat semula pada bulan Jun 2020 ini.

Liga Malaysia sebelum ini telah ditangguhkan sejak bulan 16 Mac 2020 selepas Kerajaan Malaysia mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top