Kuching FA buat klinik bola sepak di SK Endap

Naib Juara Liga M3, Kuching FA, telah mengadakan satu klinik bolasepak di SK Endap, Samarahan pada hari Selasa lepas.

Klinik bola sepak terseut dilaksanakan dengan kerjasama penaja Kuching FA, Yakult.

Menurut kenyataan ringkas Kuching FA, seramai 40 orang pelajar dan 4 pemain Kuching FA telah hadir pada sesi tersebut.

Pemain Kuching yang terlibat adalah pemain import Yuta Suzuki, dan pemain tempatan Izray Iffarul Roslan, Mohammad Zainudin dan Mohd Azri.

Adalah difahamkan bahawa klinik bola sepak tersebut dibuat bagi memberi pengetahuan asas tentang bola sepak kepada pelajar SK Endap.

Ianya juga berhasrat memupuk minat para pelajar dengan bola sepak.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top