VAR mula digunakan pada tahun 2021

Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) menyasarkan bahawa liga bola sepak domestik utamanya akan menggunakan VAR (Video Assistant Referee) di dalam pertandingan Liga 1 Indonesia bermula 2021.

Menurut laporan MediaIndonesia, pengadil Liga Indonesia akan mula memperolehi latihan penggunaan sistem itu dari wakil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Latihan menggunakan VAR dikatakan akan mengambil masa sembilan bulan, sekaligus menyaksikan Indonesia hanya boleh menggunakan sistem itu pada akhir tahun 2020 atau awal musim 2021.

“VAR mungkin hanya boleh digunakan pada tahun 2021 kerana proses latihan VAR mengambil sembilan bulan” kata Pengerusi PSSI, Mochamad Iriawan, kepada MediaIndonesia.

Beliau turut mengakui bahawa VAR penting untuk peningkatan status bola sepak di Indonesia dan meminta peminat bola sepak Indonesia bersabar sehingga sistem itu dapat digunapakai.

Menurut laman VocketFC, PSSI sudah menanam kehendak mahu menggunakan sistem VAR pada 25 Julai lalu dan sudah meneliti penggunaan sistem canggih tersebut di Liga Thailand.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top