Pasukan Kuching FA meneruskan rentak kemenangan di Liga M3 hari ini dengan menewaskan pasukan Batu Dua FC 5-3.

Gol Kuching dijaringkan oleh Samsu Alam, Sufizal dan Joseph Kalang Tie.

SarawakCrocs Fantasy Premier League 2019/20

Walaupun menang, Batu Dua menjaringkan gol dahulu apabila Berete menjaringkan gol pertama pada minit ke-9.

Samsu Alam menyamakan kedudukan pada minit-15 selepas Kuching melancarkan serangan bertali arus ke atas gawang Batu Dua.

Kuching terus ghairah menyerang dan hasilnya, Joseph menjaringkan gol pendahuluan Kuchingvpada minit ke-25.

Enggan mengalah, Batu Dua mengikat kedudukan melalui Bereta pada minit ke-33, namun kegembiraan mereka menyamakan kedudukan tidak bertahan apabila Sufizal menjaringkan gol untuk untuk Kuching tiga minit kemudian.

Gol pendahuluan Sufizal juga tidak bertahan lama apabila Bereta melengkapkan hat-trick beliau dengan jaringan penyamaan pada minit ke-45.

Bersambung babak kedua, Kuching mengasak dengan lebih padu lagi ke arah kubu Batu Dua.

Ini menyaksikan Joseph muncul hero Kuching apabila menjarikkan dua gol lagi pada minit ke-72 dan 78, sekaligus memberikan beliau hattrik pada perlawanan ini.

Batu Dua cuba melakukan serangan serangan kilat untuk merapatkan jurang namun buntu.

Kedudukan 5-3 memihak Kuching kekal sehingga tamat perlawanan.