Kuching City umum kerjasama dengan tiga jenama

Kelab bolasepak Liga Premier Kuching City telah mengumumkan kerjasama dengan tiga jenama bagi mengharungi musim 2022.

Jenama – jenama yang diumumkan oleh kelab tersebut adalah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang merupakan pihak berkuasa tempatan di Bandaraya Kuching Utara, Malaysia Airlines, yang merupakan syarikat penerbangan tambang penuh Malaysia, dan Yakult, jenama minuman probotik dari Jepun.

Kaedah kerjasama atau tajaan daripada ketiga – tiga jenama tersebut tidak dapat dipastikan dan dimaklumkan secara umum, namun ketiga – tiga jenama tersebut bukanlah nama asing bagi Kuching City.

Ini adalah kerana DBKU, Malaysia Airlines dan Yakult merupakan rakan strategik dan juga penaja rasmi bagi kelab tersebut sejak daripada ianya memasuki Liga Malaysia.

Tajaan dari DBKU walaubagaimanapun tidak diumumkan secara rasmi sebelum ini, namun ianya adalah pengetahuan umum bahawa Kuching City mempunyai kerjasama dengan badan tersebut.

Sumber gambar; KCFC

Dalam perkembangan sama, Kuching City juga kini menggayakan jersi latihan kelab tersebut di laman sosial rasminya.

Ini sekaligus memberi bayangan bahawa kelab tersebut akan hampir pasti menggunakan jenama StarSports dan ditaja oleh Kumpulan LSC pada musim ini juga.

StarSports adalah jenama sukan tempatan yang dimiliki Kumpulan LSC dan ianya pernah menaja pasukan Sarawak FA sebelum pasukan tersebut dibubarkan.

>> BELI JERSI LATIHAN KUCHING CITY

Keinginan ketiga – tiga jenama tersebut terus menyokong Kuching City menunjukkan hadirnya satu ikatan utuh diantara Kuching City dan penaja – penaja lamanya, sekaligus memberi bayangan akan keyakinan pihak penaja terhadap kelab yang berusia tidak lebih sepuluh tahun itu.

Kuching City kini dalam proses memantapkan pasukan dan akan ke Semenanjung Malaysia untuk persiapan pra-musimnya.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top