Home Malaysian football Uche percaya dirinya masih mampu bermain dengan baik

Uche percaya dirinya masih mampu bermain dengan baik

Biarpun berusia 34 tahun, Uche Agba masih merasakan beliau mampu bermain bola sepak dengan baik di peringkat terbaik.

Penyerang sensasi Sarawak United itu memberitahu akhbar The Star bahawa beliau bukan sahaja masih mampu bermain dengan baik di dalam Liga Malaysia, tetapi juga liga negara lain.

“Walaupun pada usia saya, saya percaya bahawa saya masih mampu bermain bola sepak di peringkat tertinggi, di Malaysia, atau di negara lain.” kata Uche dalam laporan akhbar tersebut.

“Saya akan bekerjasama dengan rakan sepasukan saya bagi memastikan kelab akan terus kekal di liga terbaik Malaysia.” jelasnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Uche juga berkata bahawa kelabnya telah membawa masuk beberapa pemain baharu dan muda untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain – pemain yang keluar.

Beliau mengakui bahawa tugasan yang menanti pemain – pemain muda khususnya adalah sangat besar, namun beliau berharap pemain – pemain ini akan membuktikan diri mereka dan membantu kelab bersaing untuk kekal di Liga Super.

“Pemain muda mempunyai perjalanan yang jauh, dan kita sudah pasti akan melibatkan mereka di dalam pasukan kita secara beransur – ansur.

“Sungguhpun demikian, memberi mereka tanggungjawab untuk membantu pasukan kekal di Liga Super adalah satu permintaan besar tetapi saya berharap mereka akan membuktikan mereka mampu berbuat demikian.” jelas Uche lagi.

Uche merupakan penjaring terbanyak Sarawak United musim lepas dengan 14 gol dan kontrak beliau bersama pasukan Kenyalang Emas telah dilanjutkan bagi musim ini.

>> DAPATKAN JERSI SARAWAK TERBAHARU

RECOMENDED LINKS: