Kelab Bola Sepak Liga Super Kuching City telah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan jelajah ke tiga bahagian di Sarawak dalam persiapan mereka untuk bertarung di Liga Super Februari kelak.
Menurut pengumuman kelab tersebut di media sosialnya, kelab tersebut akan memulakan kempen jelajah ke Mukah, Betong, dan Sibu.
Di Mukah, kelab bimbingan Irfan Bakti itu akan bertemu Mukah FA pada 24 Februari 2023 di Padang Mesra.
Dua hari kemudian, Kuching City akan berentap pula dengan pasukan pilihan Betong FA di Kompleks Sukan Betong.
Pada 28 Januari, pasukan yang menduduki tangga kedua Liga Premier 2022 itu pula akan menentang pasukan feedernya, Nangka United di Stadium Azman Hashim, Sibujaya.
Masa dan jadual perlawanan bagi ketiga – tiga perlawanan dapat dilihat dibawah.